sktpkt.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sktpkt@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | SEJARAH | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | STAF AKADEMIK | LAGU SEKOLAH | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Terletak 90 km dari bandar Kota Tinggi, nama sekolah ini diambil sempena nama tempat sekolah ini dibangunkan iaitu Tanjung Pengelih. Pembinaan 2 blok dua tingkat, 1 blok satu tingkat dan 1 blok kantin yang dimulakan pada 24 Oktober 2000 telah siap sepenuhnya pada 24 April 2002.
Hasil mesyuarat pada 17 Mei 2002 di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Negeri Johor, maka sekolah ini dibenarkan beroperasi pada 1 Jun 2002. Pada ketika itu jumlah murid adalah seramai 148 orang dengan 6 orang tenaga pengajar. Cikgu Azhari bin Abdullah telah dilantik selaku Guru Penyelaras .

Tanggal 19 Ogos 2002, majlis pelancaran Sekolah Kebangsaan Tanjung Pengelih telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Tuan Haji A.Hamid bin Abu Hasan, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada ketika itu.

Pada 16 Oktober 2002, seorang Guru Besar telah ditempatkan di sekolah ini. Pada tahun 2003,bilangan murid adalah seramai 167 orang dengan 13 orang tenaga pengajar.Kelas Pra Sekolah mula dibuka setelah 3 tahun sekolah ini beroperasi iaitu pada 1 Januari 2005.


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid.

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: